BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 9, 2011

Keychain : Perisai Kayu dari Sarawak

ini koleksi keychain luqman. ayah kata keychain ni menyerupai perisai kayu, ia datang dari sarawak.

Thursday, September 8, 2011

Keychain : Gajah dari Thailand

luqman suka kumpul keychain, tapi luqman tak ada duit nak beli. ayah luqman selalu bagi luqman keychain yang ayah beli atau kawan ayah bagi pada ayah. ayah kata keychain gajah ini kawan ayah beli di thailand.

Wednesday, September 7, 2011

Kereta Remote Control Kecik

ini gambar kereta remote control luqman, tapi kecik. ayah belikan untuk luqman masa pergi ke rantau panjang, kelantan pada 02 jun 2011. kereta ni masih ada, tapi kadang-kadang tak boleh jalan. rosak kot!

Tuesday, September 6, 2011

Kereta Remote Control Besar

puasa lepas luqman puasa 4 hari, ayah belikan luqman kereta remote control besar. ayah beli pada 25 ogos 2011 kat port klang selangor. luqman suka sangat kereta ni sebab besar sangat, pastu boleh buat drift. bateri dia boleh cas semula. luqman sayang kereta ni.

Sunday, September 4, 2011

Arnab Lion Head

hari ini ayah belikan luqman arnab. dulu ada 4 ekor, tapi mati 2 ekor. hari ini ayah gantikan 3 ekor arnab. satu untuk luqman, satu untuk adik pika dan satu lagi untuk adik amirah. ayah cakap arnab luqman jenis lion head. ayah kata nama dia lion head sebab kepala dia kembang macam kepala singa. tapi luqman tengok tak macam kepala singa pun.

Thursday, September 1, 2011

Ini Dunia Luqman

nama saya luqman hakim bin izman. luqman lahir di jerantut, pahang pada 21 disember 2004. umur luqman 7 tahun. ayah luqman bernama izman. ummi luqman bernama nik norfaizar. luqman ada 2 orang adik perempuan bernama nursyafiqah izzati dan nur amirah zulaikha.

blog ini ayah luqman ajar buat untuk tulis kisah kehidupan luqman. ayah suruh luqman tulis sendiri tapi ayah tolong luqman masukkan gambar.

ini gambar keluarga luqman